Sukarelawan pengurusan jenazah, Wan Cai membidas kenyataan yang dikeluarkan pihak Hospital Bersalin Razif berhubung kronologi kes kematian adik Muhammad Adham Mikhail.
Wan Cai menafikan bahawa ibu bapa bayi malang berkenaan belum berkahwin. Dia berkata ibu bapa bayi berkenaan sudah berkahwin dan pihaknya melihat sendiri sijil pernikahan pasangan itu.
Sebelum ini, Wan Chai mendedahkan seorang bayi yang meninggal dunia selepas dilahirkan ‘disimpan’ selama 16 hari oleh pihak hospital kerana menuntut bayaran berjumlah RM2,480 yang tidak mampu dibayar oleh bapa mangsa.
Ещё видео!