[Panggilan Nabi](S.a.w)] Niat ikut sunnah ; Mengkanan kan perbuatan ; sunnah .
.
.
" Jenis pakai.. sekaligus seperti helmet ; jeng pale.. kepek pale.." hee .
.
***
..Salam ustaz, adakah hukum memelihara janggut adalah wajib bagi lelaki? sbb saya ada mendengar satu video dari ulama terkenal yg mengatakan hukum memelihara janggut dalam keempat-empat mazhab adalah wajib... sekian..
-Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Jumhur Fuqaha' berpendapat bahawa menyimpan janggut adalah wajib.
Sementara, para ulama' Mazhab Syafie berpendapat hukumnya adalah sunat.
Kebanyakan 'ulama Mazhab Syafie yang menetapkan hukum ini di dalam kitab-kitab mereka.
Di antaranya:
Syeikhul Islam - Imam Zakaria al Ansari
"(Dan), Makhruh (mencabutnya) iaitu jangut pada awal pertumbuhannya, sebab mengutamakan ketampanan (kekacakan) dan keelokan paras rupa". - Sheikhul Islam Zakaria al Ansari, Asna al Muthalib, vol 1, hlmn 551.
Syeikh ar Ramli memberikan pandangan terhadap pernyataan ini, di dalam huraiannya (Hasiyah) terhadap Kitab "Isna' al Mutholib".
Beliau menyatakan, "Pernyataan (dan makhruh mencabutnya), iaitu janggut. Dan seumpamanya, adalah mencukurnya."
Syeikh Al Hulaimi di dalam kitabnya Al Minhaj, "Tidaklah boleh (haram) bagi seseorang mencukur jangutnya dan juga kedua-dua alisnya (bulu kening), " ini adalah pendapat yang lemah. - Al Allamah Imam ar Ramli, Hasiyah Asna Al Muthalib, vol 1, hlmn 551.
Syeikh Ibnu Hajar al Haitami berkata, "(Masalah cabang) mereka kemukakan di sini berkenaan dengan masalah janggut, dan seumpamanya tentang beberapa perkara yang dimakhruhkan, di antaranya : mencabutnya, dan mencukurnya (janggut). Demikian juga, kedua-dua alis (bulu kening) - Ibnu Hajar al Haithami, Tuhfat al Muhtaj : Syarah al Minhaj, vol 9, hlmn 375-376. "
Imam Ibnu Qasim al Ubbadi r.a di dalam huraiannya (Hasiyah) terhadap Tuhfat al Muhtaj mengguatkan pernyataan ini dan berkata, "Perkataannya (diharamkan), berbeza pendapat dengan pendapat yang kuat (muktamad), Di dalam Syarah al Ubad terdapat faedah ; kedua syeikh (Imam Nawawi dan Imam Rafi'e) mengatakan makruh mencukur janggut." - Ibnu Qasim al al Ubbadi, Hasiyah Tuhfat al Muhtaf syarh al Minhaj, vol 9, hlmn 375-376
Allamah al Bujirmi,dalam huraiannya (hasiyah) terhadap Kitab Syarh al Khatib berkata :
"Sesungguhnya mencukur janggut itu adalah dimakhruhkan walaupun daripada lelaki (dewasa), bukan haram. - Al Bujirmi, Hasiyah al Bujirmi, "ala Syarh al Khatib, vol 4 hlmn 346...
~Dari fanpage facebook Ust Azhar.
Ещё видео!