Usahawan kecil yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan diberi keutamaan bantuan bakul makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, berkata Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPPK) diminta memberi keutamaan kepada golongan itu untuk bantuan bakul makanan.
Katanya, usahawan kecil teutama penjaja di tepi jalan, tukang rumah, peniaga pasar malam dan peniaga pasar tani, antara yang terkesan selepas tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di 69 mukim di negeri itu.
Mohd Nurkhuzaini berkata, kerajaan negeri memperuntuk bantuan bersasar sebanyak RM420,000 bagi meringankan bebanan penduduk yang tinggal di mukim yang dikenakan PKPD.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news [ Ссылка ]
Please like [ Ссылка ]
Please follow [ Ссылка ]
And also our [ Ссылка ]
Ещё видео!